pesanan untuk aku sendiri
GANJARAN
BAGI MEREKA YANG MENJAGA SEMBAHYANG
Diriwayatkan
pada sebuah hadis, siapa yang menjaga sembahyang 5 waktu, maka Allah akan
memuliakannya dengan 5 perkara iaitu;
1. Masuk
syurga tanpa dihisab.
2.
Dihindarkan dari seksaan kubur.
3.
Dihindarkan dari kesempitan hidup.
4.
Berjalan di atas sirat bagaikan kilat.
5. Diberi
kitab amalnya dengan tangan kanan.
BALASAN
UNTUK MEREKA YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG
Barang
siapa yang meremehkan atau meninggalkan sembahyangnya dengan sengaja, maka
Allah akan menghukumnya dengan 15 seksaan iaitu,
Ketika di
dunia;
1.
Dicabut berkat pada umurnya.
2.
Dihapus tanda orang soleh pada wajahnya.
3. Amalan
yang dikerjakannya tiada pahala.
4. Doanya
tidak diangkat ke langit.
5. Tidak
mendapat pahala orang solehin.
Ketika
mati;
6. Mati
dalm kehinaan.
7. Mati
dalam kelaparan.
8. Mati
dalam kehausan, walau diberi air selautan pun tidak mencukupi.
Ketika
dalam kubur;
9.
Disempitkan kuburnya hingga berselisih tulang rusuknya.
10.
Dinyalakan api di dalam kubur lalu bermainlah ia di dalamnya siang dan malam.
11.
Didatangi ular `Syuja` yang buta mata dan kukunya dari besi dimana setiap kuku panjangnya mengambil masa
perjalanan sehari.
Ketika
hari kiamat;
12.
Diberatkan hisabnya.
13.
Mendapat kemurkaan Allah.
14.
Dimasukkan terus ke dalam neraka.
15. Putus
dari rahmat Allah.
DOSA
MENINGGALKAN SEMBAHYANG
Meninggalkan
sembahyang adalah satu-satunya pemisahan antara keimanan dengan kekufuran. Dosa
setimpal untuk mereka yang meninggalkan sembahyang bagi setiap fardu adalah
seperti berikut;
Subuh satu fardu yang ditinggalkan Allah akan
mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.
Zuhur satu fardu yang ditinggalkan, dosanya sama
seperti membunuh 1000 orang Islam.
Asar satu fardu yang ditinggalkan, dosanya
samalah seperti meruntuhkan kaabah.
Maghrib
satu fardu yang ditinggalkan, dosanya sama seperti seorang itu berzina dengan
ibu (bagi lelaki) atau bapa (bagi perempuan).
Isyak satu fardu yang ditinggalkan, Allah tidak
akan meredhai hidupnya di atas muka bumi ini.
Kelebihan
menjaga waktu sembahyang
Ali bin
Abi Talib berkata: “Sewaktu Rasulullah s.a.w. duduk bersama sahabat Muhajirin
dan Anshar, dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang yahudi lalu
berkata: “Ya, Muhammad, kami hendak
bertanya kepada kamu kalimat yang diberikan Allah kepada Nabi Musa yang tidak
diberikan kepada Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab(terhampir)
Lalu
Rasulullah bersabda: “Silakan bertanya.”
Berkata
orang yahudi itu: “Sila terangkan kepada kami mengenai
lima
waktu yang diwajibkan oleh Allah ke
atas umatmu.”
Sabda
Rasulullah : “Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah
segala sesuatu kepada tuhan Nya, Asar adalah saat Nabi Adam memakan buah kuldi.
Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam, maka setiap mukmin
yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu
pada Allah, pasti Allah memenuhi permintaannya. Sembahyang Isyak itu ialah
sembahyang yang dikerjakan oleh rasul sebelumku. Subuh adalah sebelum terbit
matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk
syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.” Selepas orang yahudi
mendengar penjelasan Rasulullah, maka mereka berkata: “Memang benar apa yang
kamu katakan itu Muhammad.
Katakanlah
kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang?”
Rasulullah bersabda: “Jagalah waktu sembahyang terutama yang pertengahan, yakni
sembahyang Zuhur kerana pada saat itu dinyalakan api neraka jahamanm dan orang
mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya
wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.
“Jagalah
waktu sembahyang asar kerana ia adalah saat dimana Nabi Adam memakan buah kuldi
dan orang mukmin yang menrgerjakan sembhyang Asar akan diampunkan doasnya
seperti bayi baru lahir.” “Juga, jagalah waktu sembahyang Maghrib kerana itu
adalah saat iman taubat NAbi Adam diterima dan seorang mukmin yang ikhlas yang
mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka
Allah akan perkenankan permintaannya. “Dan sembahyang Isyak itu attammah.
Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka
seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan
sembahyang Isyak berjemaah, maka Allah haramkan daripadanya terkena api neraka
dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titian sirath (siratulmustakim).”
Rasulullah seterusnya bersabda: “Sembahyang Subuh pula, bagi seorang mukmin
yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari berjemaah, diberi oleh Allah
dua jenis kebebasan, iaitu dibebaskan daripada apai neraka dan nifaq(sifat
munafik).”
